,

Kamis, Juli 03, 2008

Pemanfaatan Teknologi Dalam Pengajaran Bahasa Arab

Mohd Feham Md. Ghalib Jabatan Bahasa Al-Quran Pusat Bahasa dan Perkembangan Akademik Pra-university Universiti Islam Antarabagsa Malaysia Email: mfeham@iiu.edu.my Perkembangan yang pesat dalam dunia teknologi and komunikasi telah menyumbang secara langsung kepada proses pembelajaran and pengajaran bahasa. Dalam hal ini, bahasa Arab adalah tidak terkecuali dan usaha-usaha telah dan sedang dijalankan untuk memastikan bahawa kemajuan ini dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut. Dari segi teori, pemanfaatan teknologi boleh ditafsir melalui kaca mata teori kognitif pembelajaran menggunakan multimedia (Mayer, 2001) dan teori pembelajaran fleksibil (Spiro et al., 1992). Dalam merangka penggunaan teknologi untuk pengajaran, model pengembangan instruksi ASSURE (Heinici et al., 2005) telah diaplikasi untuk mencapai tujuan tersebut. Adalah menjadi harapan pengkaji agar kajian ini menjadi sedikit senbanyak panduan kepada para tenaga pengajar khususnya bahasa Arab dalam pemanfaatan teknologi dalam pengajaran bahasa tersebut. Pendahuluan Penmanfaatan teknologi untuk tujuan pendidikan telah menjadi menyumbang kepada kemunculan beberapa istilah yang mengambarkan sejauh mana teknologi tersebut telah digunakan. Sebagai contoh istilah-istilah seperti Instuksi Berbantukan komputer (CAI), Pembelajaran Berbantukan Komputer (CAL), Latihan Berbantukan Komputer (CBT), dan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (CALL). Istilah CALL telah dirumus khusus untuk merangkumi bidang pemanfaatan teknologi bagi tujuan-tujuan pendidikan bahasa atau lebih khusus pembelajaran dan pengajaran bahasa. Dua aspek yang seringkali menjadi bahan untuk pemanfaatan teknologi bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran bahasa ialah multimedia dan Internet. Multimedia dalam ertikata pengabunggan teks, gambar, suara, dan video sebagai bahan untuk tujuan itu. Manakala yang dimaksudkan dengan Internet ialah segala bentuk maklumat yang terdapat dalam laman-laman web yang boleh diggunakan untuk pembelajaran dan pengajaran bahasa. Maklumat-maklumat ini ada sebahagiannya didatangkan dalam bentuk persembahan multimedia dengan menggabungkan elemen-elemen yang disebutkan tadi. Kertas kerja yang dibentangkan ini akan membincangkan maklumat-maklumat dalam bentuk aplikasi-aplikasi komputer dan perkhidmatan-perkhidmatan web yang boleh dimanipulasikan untuk tujuan pengajaran dan pembalajaran bahasa Arab secara khususnya dengan menggunakan model ASSURE sebagai asas pengembangan instruksi. Kerangka Teori Pengajaran Berbantukan Komputer Terdapat beberapa teori yang boleh diguna pakai untuk tujuan menjadikan pengajaran berbantukan komputer lebih emprikal dan disandarkan kepada bukti-bukti yang diasaskan oleh pengalaman dan kajian-kajian yang mendalam dalam bidang tersebut. Dalam kertas kerja yang lebih fokus ini dua teori diutarakan untuk menjelaskan proses pengajaran iaitu; teori pembelajaran multimedia (Mayer, 2001), dan teori pembelajaran fleksible (Spiro et al., 1992). Teori pembelajaran multimedia diasaskan oleh tiga unsur utama dalam kerangkanya iaitu teori dua kod (Pavio, 1986), teori pembelajaran aktif (Baddeley, 1992), dan teori bebanan kognitif (Chandler & Sweller, 1991). Teori dua kod menerangkan bahawa dalam seseorang itu ketika mnganalisa maklumat dia menggunakan dua cara ayng terbina di dalam akalnya; pertamanya dengan menggunakan cara mengekod maklumat dalam bentuk gambar, dan kedua dengan menggunakan cara mengekod maklumat dalam bentuk suara. Manakala, teori pembelajaran aktif menjelaskan bahawa akal seseorang itu berfikir secara aktif ketika proses pembelajaran berlaku. Seterusnya, teori bebanan kognitif merumuskan bahawa keupayaan akal seseorang itu dalam satu masa adalah terbatas untuk menganalisa maklumat. Kajian menunjukkan bahawa maklumat yang dapat diingati oleh memori seseorang dalam satu-satu masa adalah dalam lingkungan 5- 10 perkataan sahaja. Berdasarkan kepada ketiga-tiga teori tadi maka terbinalah teori pembelajaran multimedia yang mempunyai asas-asas seperti berikut: • Prinsip multimedia, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan gambar dipersembahkan seiringan berbanding dengan persembahan dengan hanya menggunakan perkataan sahaja • Prinsip imbangan spatial, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan gambar dipersembahkan berdekatan antara satu sama lain berbanding dengan persembahan yang menjarakkan jauh antara kedua-dua elemen tersebut • Prinsip imbangan masa, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan gambar dipersembahkan serentak berbanding dengan persembahan yang mendahulukan salah satu antara keduanya secara berasingan • Prinsip perkaitan, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika unsur-unsur seperti perkataan, gambar, dan suara yang tiada kaitan dengan tajuk persembahan dikeluarkan berbanding dengan kemasukan unsur-unsur tersebut dalam persembahan. • Prinsip modaliti, iaitu pembelajan akan lebih efektif melalui persembahan animasi dan cerita suara berbanding dengan persembahan animasi dan cerita dalam bentuk teks tertera • Prinsip ulangan, iaitu pembelajan akan lebih efektif melalui persembahan animasi dan cerita suara berbanding dengan persembahan animasi, cerita suara dan cerita dalam bentuk teks tertera • Prinsip perbezaan individu, iaitu pembelajaran melalui multimedia adalah lebih efektif atas pelajar yang berkebolehan spatial tinggi berbandingan pelajar yang berkebolehan spatial rendah, juga lebih efektif atas pelajar yang berpengetahuan rendah berbanding pelajar yang berpengetahuan tinggi. Dalam sistem pembelajarn yang lebih terbuka dan menggalakkan pencarian ilmu pengetahuan secara terbimbing (Bruner, 1996), Spiro et al. (1992) telah mencadangkan agar bahan-bahan pembelajaran adalah dalam bentuk yang tidak terlalu dipermudahkan. Ini kerana jika ianya berlaku para pelajar akan berasa janggal dalam menghadapi situasi pembelajaran yang lebih kompleks yang merupakan realiti sebenar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Walaubagaimana pun bimbingan yang baik dan teratur akan menjadikan bahan-bahan tersebut dapat dikuasai dengan lebih baik dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih efektif. Teori pembelajaran fleksible yang disarankan oleh Spiro et al. adalah amat bersesuaian dengan teknologi pembelajaran dan pengajaran melalui Internet yang menjadi trend sebahagian pelajar masakini dan dijalankan di hampir kebanyakan institusi-institusi pendidikan di negara kita Malaysia. Model Pembangunan Instruksi Terdapat pelbagai jenis model yang dapat diaplikasi untuk tujuan pembangunan instruksi. Secara umumnya model-model tersebut dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu untuk pembangunan instruksi di dalam kelas pembelajaran, di dalam pembangunan bahan pengajaran, dan di dalam pembangunan kurikulum atau kursus pembelajaran. Kertas kerja ini akan membincangkan model pembangunan instruksi untuk pembelajaran di dalam kelas yang lebih dikenali dengan kata ringkas ASSURE, iaitu analisa (Analysis), penyataan objektif (State objective), pemilihan bahan (Select method / media), penggunaan (Utilize), penyertaan pelajar (Required participation), penilaian (Evaluation) (Heinici et al., 2005). Keseluruhan langkah-langkah ini akan diterangkan satu persatu berserta maklumat-maklumatnya yang berkaitan untuk tujuan pembangunan instruksi. 1. Analisa Sebelum pengajaran dilakukan maklumat-maklumat berkaitan pelajar hendaklah diketahui dan dikumpulkan. Ini termasuklah maklumat umum ciri-ciri pelajar (seperti jantina, umur, dan bangsa), tahap kemahiran mereka (seperti tahap pengetahuan dan penguasaan pelbagai kemahiran) , dan maklumat-maklumat yang berkaitan gaya pembelajaran mereka. 2. Penyataan objektif Apabila maklumat berkaitan pelajar dapat diperolehi ini akan memudahkan proses penyataan objektif dalam satu-satu kursus yang akan ditawarkan. Dalam masa yang sama hasil-hasil pembelajaran juga dapat dirangka untuk memastikan para pelajar dapat mencapai tujuan pembelajaran yang digariskan di dalam kurikulum. Secara kasarnya penyataan objektif pembelajaran adalah mengetahui ciri-ciri kumpulan sasaran, mengariskan kemahiran tingkah laku yang perlu dipraktikan, mensasarkan kedaankeadaan pembelajaran yang sesuai, dan mengetahui sekadar mana tahap kemahiran yang perlu dikuasai. 3. Pemilihan cara instruksi, media dan bahan pengajaran Langkah seterusnya ialah dengan memilih cara penyampaian pengajaran atau instruksi yang sesuai agar dapat memenuhi kehendak objektif-objektif yang telah digariskan untuk cirri-ciri pelajar tertentu. Pemilihan media yang sesuai juga amat penting agar ianya selari dengan keperluan objektif dan kehendak pelajar tersebut. Contoh media ialah bahan-bahan seperti gambar, filem, suara, dan bahan-bahan yang berasaskan komputer. Manakala bahan pengajaran adalah apa juga bentuk bahan yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar untuk menguasai objektif-objektif pembelajaran. Sebahagian daripada bahan ini boleh dibeli di pasaran dan disesuaikan dengan kehendak pengajaran. Sebahagian yang lain pula boleh dirangka cipta oleh guru untuk memenuhi kehendak para pelajarnya. Contoh bahan pengajaran ialah tape filem, program komputer, dan kaset ataupun alat pengajaran seperti projektor LCD, alat pemain cereka DVD, komputer, radio, perakam suara, dan peti TV. 4. Penggunaan media dan bahan pengajaran Bahan-bahan yang hendak digunakan hendaklah diuji terlebih dahulu sebelum diggunakan. Ini bagi memastikan ianya berfungsi seperti yang diharapkan. Dalam masa yang sama ianya dapat membiasakan para guru dalam penggunaan bahan-bahan tersebut dan tidak berasa kekok ketika proses penyampaian bahan dilakukan. Malah ketikan bahan yang berbentuk elektronik digunakan, para guru sewajarnya mempunyai pelan pilihan yang boleh dilakukan sewaktu bahan-bahan elektronik tersebut gagal berfungsi seperti yang diharapkan. Oleh yang demikian, para guru hendaklah memastikan terlebih dahulu bahawa bahan-bahan ini sesuai, dapat berfungsi dengan baik dan boleh digunakan ketika proses penyampaian pengajaran dilakukan. 5. Penyertaan pelajar Perkara yang perlu diingati oleh para guru ialah pelajar-pelajar akan dapat belajar dengan baik jikan mereka terlibat aktif secara langsung dalam proses pembelajaran. Pelajar yang pasif akan menghadapai kesukaran dalam menguasai pelajaran yang disampaikan. Sebagai tenaga pengajar pelbagai cara boleh dipraktikan untuk memastikan penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran. Ini termasuklah perkara-perkara seperti diskusi, kerja dalam kumpulan, soal jawab, dan aktiviti-aktiviti eksperimen. Malah di dalam pelan pengajaran, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memikirkan cara bagaimana penyertaan pelajar ketika penyampaian dilakukan adalah menyeluruh dan tidak terbatas pada kumpulan pelajar tertentu sahaja. Interaksi dua hala ini adalah penting dan jangan sekali-kali diabaikan dalam rangka untuk mencapai objektif-objektif pembalajaran dengan jayanya. 6. Penilaian dan kajian Langkah terakhir ini seringkali diabaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keseluruhan langkah-langkah yang telah diutarakan di atas dapat diolah oleh semua guru akan tetapi guru yang baik ialah mereka yang dapat menilai semula adakah ianya efektif dan perlu diteruskan ataupun beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan untuk persembahan yang akan datang. Ada ketikanya rancangan pengajaran yang dirangka nampak begitu sempurna, namun sewaktu persembahan dilakukan beberapa masalah timbul seperti cara instruksi yang tidak sesuai, alat pengajaran gagal berfungsi, dan bahan pengajaran yang tidak sesuai dengan kehendak dan keperluan pelajar. Pemanfaatan Teknologi Dalam Pengajaran Bahasa Arab Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah perkara yang menjadi lumrah dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Dalam bahasabahasa seperti bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan bahasa utama dunia, pemanfaatan teknologi dilakukan secara meluas dan begitu pesat sekali. Ini disebabkan oleh perkembangan teknologi yang mudah dikuasai oleh lapisan masyarakat terutamanya golongan muda ditambah pula dengan kebaikan-kebaikan lain yang terdapat didalamnya seperti, elemen-elemen multimedia, penjimatan kos keseluruhan, penjimatan masa, dan keupayaan menjalankan sesuatu proses secara berulang-ulang tanpa rasa jemu. Walaupun begitu dalam pembelajaran bahasa Arab terdapat kekangan di dalam diri pelajar dan guru yang mungkin merujuk kepada masalah seperti tidak biasa dalam berinteraksi dengan teks bahas Arab, kekurangan kemahiran yang diperlukan untuk mempraktikan teknologi, dan perasaan tidak mahu cara tradisional yang telah dipraktikan sekian lama diubahsuai dan ditokok tambah oleh kemajuan yang dicapai dalam bidang teknologi. 1. Pemanfaatan program-program pakej pejabat (Office applications) Ada banyak program-program jenis ini yang boleh digunapakai untuk tujuan pengajaran. Antaranya ialah program-program seperti Microsoft Office, OpenOffice.org, Star Office, dan Abi Word. Microsoft Office adalah pilihan kebanyakan pengguna tanpa menafikan program-program yang lain yang tidak kurang kebolehan dalam melakukan aplikasiaplikasi asas untuk pejabat. Ini termasuklah dalam menyediakan dokumen-dokumen, laporan-laporan, dan demonstrasi atau persembahan menggunkan computer. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan melalui aplikasi Microsoft Word contohnya ialah aktiviti penulisan kreatif (lihat Gambar 1), aktiviti kemahiran mendengar, aktiviti penulisan dalam kumpulan, dan aktiviti diktasi. Gambar 1: Proses menyemak teks dengan menggunakan Microsoft Word adalah lebih mudah dilakukan. 2. Pemanfaatan laman-laman web Laman-laman web yang tersedia di Internet juga dpat dimanipulasikan untuk tujuan pengajaran. Ini dapat menyediakan maklumat-maklumat yang asal (authentic) yang berperanan sebagai bahan pengajaran seperti laman akhbar di dalam bahasa Arab, laman portal bahasa Arab dan laman alat bantuan pembelajaran-pengajaran bahasa Arab. Apa yang penting para guru hendaklah mahir dalam mencari maklumat-maklumat yang diperlukan untuk tujuan tersebut melalui penggunaan laman-laman pencarian maklumat (search engine) yang tersedia seperti di Google, Yahoo, dan MSN network. Aktiviti seperti menjalankan kerja kursus menggunakan laman-laman web adalah di antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama para pelajar. Begitu juga projekprojek dalam membina laman web seperti untuk tujuan pembinaan portfolio elektronik dan yang seumpamanya. Di antara laman-laman yang menyediakan maklumat dan alat bantuan pengajaran di dalam bahasa Arab ialah (http://afl.sakhr.com ), (http://www.alarabeyya.com), (http://syrianarabic.com ), (http://www.madinaharabic.com), (http://www.aljazeera.net ), (http://www.bbc.com.uk/arabic ), (http://docs.google.com ) dan (http://cfkeep.org ). 3. Pemanfaatan perkhidmatan email Perkhidmatan email menyediakan kemudahan kepada para penggunanya agar dapat berutus warkah elektronik dengan cepat, mudah, dan murah. Ia hanya memerlukan kemahiran asas komputer untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Interaksi yang dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan ini boleh dilakukan bukan hanya di dalam kelas malah juga di luar kelas. Pelajar boleh membaca mesej-mesej yang dsampaikan di dalam akaun email mereka masing ketika mana dirasakan sesuai. Walaupun begitu harus diingati bahawa dalam situasi akuan yang amat jarang digunakan, ianya akan mengakibatkan akaun email tersebut dimansuhkan dan pengguna terpaksa membuat semula akaun email mereka. Antara aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan email ialah perbincangan atau diskusi, penyebaran nota, penghantaran kerja kursus, berperanan sebagai alat untuk aktiviti penulisan berkumpulan, dan persedian untuk aktiviti sebelum menghadirkan diri di dalam kelas sebenar. Aktiviti mencari rakan maya dengan menggunakan perkhidmatan email juga boleh dilakukan malah interaksi yang bakal berlaku adalah akan lebih mencabar jika rakan tersebut berbahasa ibundakan bahasa Arab. Di antara laman-laman yang menyediakan perkhidmatan email secara percuma dan berupaya menulis dalam bahasa Arab ialah (http://www.gmail.com ), (http://mail.yahoo.com ), dan (http://www.hotmail.com ). 4. Pemanfaatan perkhidmatan perbualan langsung (chat) Bayangkan jika kita dapat berinteraksi secara langsung dengan rakan sebaya di negara Arab seperti Kuwait, Arab Saudi, dan Mesir dalam bahasa Arab. Inilah yang dapat dilakukan oleh perkhidmatan chat. Perkhidmatan chat yang terdapat di Internet boleh dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya ialah chat melalui teks, chat melalui suara, dan chat melalui video dan suara. Program-program seperti Google Talk, MSN messenger, Yahoo Messenger, dan Skype adalah contoh program-program yang menyediakan platform untuk berinteraksi secara langsung. Di samping itu terdapat juga laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan chat untuk pengguna Internet yang antaranya boleh didapati dalam bahasa Arab. 5. Pemanfaatan perkhidmatan blog, wiki, dan podcast Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah tersedia dalam bentuk program-program yang berbentuk interaksi social yang membolehkan penggunanya berhubung, berkomunkasi, dan berkerjasama secara langsung. Perkhidmatan blog menyediakan laman-laman web untuk tujuan journal atau catatan harian. Perkhidmatan wiki pula adalah perkhidmatan menyediakan wadah untuk para penggunanya berkerjasama dalam memperbaiki isi laman-laman web tersebut. Manakala perkhidmatan podcast adalah perkhidmatan dalam menyediakan fail-fail suara atau video yang boleh dimuat turun untuk dimainkan semula dengan komputer atau peralatan-peralatan mobil seperti telefon bimbit, dan komputer riba. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk tujuan pengajaran-pembelajaran ialah projek blog oleh tenaga pengajar dan pelajar, aktiviti kemahiran mendengar, dan aktiviti penulisan berkumpulan. Di antara laman-laman yang menyediakan maklumat dan alat bantuan pengajaran di dalam bahasa Arab untuk perkhidmatan-perkhidmatan ini ialah (http://www.wordpress.com ), (http://www.blogger.com ), (http://www.bbc.co.uk/arabic), (http://www.wikimediafoundation.org ), (http://docs.google.com), (http://pages.google.com ) dan (http://www.cnn.com ). 6. Pemanfaatan laman-laman alat bantuan untuk rujukan Laman –laman alat bantuan rujukan yang terdapat di Internet boleh diklasifikasikan kepada empat jenis semuanya iaitu, pertamanya laman-laman kamus (lihat Gambar 2), keduanya laman-laman concordance dan maklumat korpus, ketiganya laman-laman perkhidmatan terjemahan, dan keempatnya, laman-laman ensaiklopedia. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk tujuan pengajaran-pembelajaran ialah pembelajaran perbendaharan kata dengan menggunakan korpus, aktiviti penterjemahan teks dari bahasa Arab ke bahasa yang lain begitu juga sebaliknya, dan aktivit berkumpulan dalam mencari maklumat dengan lebih terperinci atas tema-tema tertentu. Di antara laman-laman yang menyediakan alat bantuan rujukan ialah (http://thesaurus.com ), (http://dictionary.com ), (http://www.shamela.ws), (http://www.verbace.com ), (http://www.google.com/translate_t ), (http://www.textworld.com ), dan (http://www.monoconc.com ). Gambar 2: Program kamus VerbAce versi 2008 boleh dimuat turun dari laman (http://www.verbace.com ) 7. Pemanfaatan dari produksi bahan-bahan pengajaran Bahan-bahan berasaskan teknologi yang boleh digunakan untuk pengajaran tidak hanya terbatas kepada laman-laman web dan aplikasi-aplikasi tertentu malah ianya lebih meluas termasuklah bahan-bahan yang tersedia dalam bentuk cereka CD atau DVD. Dalam proses produksi bahan-bahan tersebut alat produksi atau authoring tool adalah menjadi satu kemestian untuk digunapakai secara intensif. Dalam menghasilkan bahan-bahan pengajaran untuk dimuatkan ke laman-laman web berasaskan pendidikan, selain daripada authoring tool aplikasi-aplikasi komputer lain juga digunakan untuk menghasilkan elemen-elemen seperti teks, gambar, suara dan video. Antara aplikasi-aplikasi yang digunakan untuk menghasilkan elemen-elemen yang dinaytakan tadi ialah Microsoft Office Picture Manager, Gimp, Audacity, Adobe Audition, dan Windows Movie Maker. Manakala contoh-contoh authoring tool ialah Swish Max2, Hotpotatoes, eXe, Articulate, Adobe Presenter, Adobe Authoware, RapideL, Atlantic Link, dan KnowledgePresenter. Kebanyakan aplikasi-aplikasi yang disebut ini menyokong pembangunan baha-bahan pengajaran di dalam bahasa Arab. 8. Pemanfaatan sistem pengurusan pembelajaran (Learning Management System) Dalam menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah diyatakan tadi, aplikasi komputer yang dikenali sebagai sistem pengurusan pembelajaran atau learning management system (LMS) adalah diperlukan yang berperanan sebagai wadah penghubung di antara bahan-bahan ini dengan pihak guru serta para pelajar. Malah sebahagian daripada perkhidmatan-perkhidmatan yang disebutkan sebelum ini juga terdapat dan menjadi ciri-ciri yang dengannya terbina aplikasi LMS. Contohnya perkhidmatan-perkhidmatan seperti blog, wiki, podcast, email, dan chat. LMS boleh berperanan bukan sahaja sebagai perantara pihak guru dan pihak pelajar, malah dalam banyak keadaan ianya menjadi wadah untuk melatih dan memahirkan guru dalam aspek-aspek pendidikan secara online. Mungkin atas sebab kewangan LMS yang berkonsepkan sumber terbuka menjadi pilihan institusi-institusi pendidikan khususnya di negara Malaysia. Antara LMS tersebut ialah Atutor, Claroline, Dokeos (lihat Gambar 3), Moodle, ILIAS, dan OLAT. Gambar 3: Dokeos adalah LMS sumber terbuka yang mempunyai ciri-ciri lengkap terkini untuk menjadi perantara para guru dan pelajar Rumusan Pemanfaatan teknologi hendaklah dilakukan semaksima mungkin agar keperluan semasa dapat dipenuhi. Ini adalah untuk memastikan bahasa Arab tidak terpinggir di dalam kepesatan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang tenaga pengajar bahasa tersebut dia hendaklah melengkapkan dirinya dengan kemahirankemahiran yang diperlukan untuk berinterekasi secara efektif dan efesien melalui pengunaan bahan-bahan pengajaran yang berasaskan teknologi. Pada masa yang sama dia juga hendaklah cuba untuk melengkapkan dirinya dengan pengetahuan sama ada dari segi teori dan praktik tentang teknologi perkomputeran dari kacamata dunia pendidikan. Penggunaan teknologi juga hendaklah dilakukan secara teratur dan terancang dan tidak boleh dijalankan secara sembrono tanpa pengetahuan yang cukup tentang cara bagaimana ianya dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam pada itu kemajuan yang dicapai dalam bidang teknologi semestinya berjalan seiring dengan prinsip-prinsip pendidikan jika ianya hendak digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Apa yang menjadi realiti masa kini ialah seringkali berlaku di mana kemajuan teknologi dan perkomputeran terpinggir dari dunia pendidikan dan hanya terkumpul di dalam kepompong teknologi yang mementing untung dan rugi di dalam perniagaan. Mungkin ini adalah sebab bagi menjelaskan mengapa sebahagian daripada program-program pengajaran berbantukan komputer tidak dapat dijalankan dengan jayanya dan tidak membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan setelah sejumah perbelanjaan yang besar dilaburkan untuk tujuan tersebut. Kemajuan teknologi yang begitu pesat kebelakang ini menyumbang kepada jurang yang wujud antara dunia teknologi dan alam pendidikan. Penyelidikan yang lebih kerap juga perlu dilakukan oleh mereka yang berwibawa untuk memastikan ciri-ciri kemajuan perkomputeran yang berjalan seiring dengan prinsipprinsip pendidikan. Adalah menjadi harapan bahawa pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat menyedia sokongan yang sewajarnya dalam pelbagai bentuk seperti menganjurkan kursus-kursus kemahiran teknologi, seminar-seminar teknologi dari kacamata dunia pendidikan, dan bantuan kewangan untuk memastikan tujuan murni ini dapat direalisasikan. Bibliografi Baddeley, A. D. (1992). Working memory, Science, 255, pp. 556-559. Bruner, J. (1996). The Culture of Education, Cambridge Massachusetts: Harvard University Press. Chandler, P. & Sweller, J. (1991). Cognitive load theory and the format of instruction, Cognition and Instruction, 8, pp. 293-332. Heinich, R, Molenda, M., Russell, J. D., & Smaldino, S. E. (2005). Instructional Media and Technologies for Learning, New Jersey: Prentice Hall. Mayer, R. E. (2001). Multimedia Learning, Cambridge, UK: Cambridge University Press. Paivio, A. (1986). Mental Representation: A Dual Coding Approach, Oxford, England: Oxford University Press. Spiro, R. J., Feltovich, P. J., Jacobson, M. J. & Coulson, R. L. (1992). Cognitive flexibility, constructivism, and hypertext: Random access instruction for advanced knowledge acquisition in ill-structured domains. Di dalam T. M. Duffy & D. H. Jonassen (Eds.), Constructivism and the Technology of Instruction: A Conversation, Hillsdale, NJ: Lawerence Erlbaum Associates.

0 komentar:

Pilih Bahasa

SELAMAT BERGABUNG


pengen dapet duit 10.000 sampai 100.000/ hari?100% gratis !!! klik di sini untuk bergabung !!! MUH.SUPRIYADIE





Image Hosted by ImageShack.us

KATA MUTIARA

KLIK AJA

TINGGALKAN JEJAK MOE

mau dapat barang elektronik gratis 100 % tanpa bayar sepeserpun...???Klik disini